Kemas kini terakhir: 31 Aug 2026
Selamat datang ke Sistem Umrah DIY. Dengan mengakses atau menggunakan platform ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut.
Sistem Umrah DIY menyediakan alat perancangan, anggaran kos, checklist dan panduan ibadah untuk tujuan rujukan. Anda bertanggungjawab memastikan maklumat perjalanan anda adalah tepat.
Anda perlu mendaftar akaun dan mengesahkan emel untuk menggunakan ciri tertentu. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan anda.
Akses Pro dan Premium adalah bayaran SEKALI (one-time), diproses melalui gerbang pembayaran CHIP. Harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Komisen affiliate diberi mengikut kadar dan terma semasa. Kami berhak menarik balik komisen yang diperoleh secara penipuan atau penyalahgunaan.
Semua kandungan dalam platform ini adalah hak milik Sistem Umrah DIY dan tidak boleh disalin atau diedar tanpa kebenaran bertulis.
Platform ini disediakan "sebagaimana adanya". Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penggunaan anggaran kos atau panduan yang disediakan.
Kami berhak mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Sila semak halaman ini secara berkala.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di diyafa.technology@gmail.com.
"Lifetime" atau "Akses Seumur Hidup" bermaksud akses kepada versi/platform Sistem Umrah DIY selagi perkhidmatan tersebut beroperasi. Ia tidak menjamin operasi berterusan tanpa had sekiranya perkhidmatan dihentikan atas sebab di luar kawalan munasabah.
Akses ini merangkumi tools, panduan dan kemas kini bagi produk semasa yang telah dibeli. Ia tidak termasuk secara automatik sebarang produk, modul atau perkhidmatan berbayar baharu yang mungkin diperkenalkan pada masa hadapan — yang mungkin dijual secara berasingan.
Khidmat Premium Support (jika dibeli) sah untuk tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian/naik taraf; selepas tamat, akses platform kekal lifetime seperti ditakrifkan di atas manakala keutamaan sokongan premium berakhir.